Thursday, July 29, 2010

Gud lUcK!!!







SALAM...=)

Uishh...lamenye tak update blog huhu...ni sume nye gara-gara tesis ku (padehal wat bende len) busy je memanjang timbah pule dengan lambakkan jurnal ngan artikel yang perlu di bace... banyak perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu2 sebelum ni.. ermm ade yang best dan ade gak yang tak best... yang tak bestnye bile membe2 ilang batang idung dan bau mereka lepas dpt duit ptptn ngan jpa...huhu.... tetibe je ilang tau2 je dah kuar..besela ngah lowdet.... mcm ade ilmu ghaib pun ade gak haha...tp tak lame seminggu je pastu cam bese la jumpe balik ckp duit dah hbs haha...tp tu la adat resam bile dapat duit..hehe...

Perkara yang best plak ialah sem ni tak banyak kelas...rase mcm ari2 cuti...haha... dan bisnes memformat laptop ku juga makin mendapat sambutan hehe... thanx to membe sy yang telah menyiapkan poster yang amat menarik itu haha... Progress tesis pun agak ok cume kekadang cam besela tukar parameter la...tukar kaedah la dan macam2 lagi but everyting is well #all iz well#...huhu

Diam x diam minggu pembentangan proposal pun hampir tibe (2/8 - 6/8 2010) ....dan saya adAlah antara individu terawal yang akan membentangkan tajuk tesis yang akan saya lakukan...ermm nak ckp xcuak pun x jugak nak ckp cuak betol la tu...ermm risaunye kalo lecture tanye sal statistik...sgt2 la x ready huhu (padan muke ko) harap2 segalanya akan berjalan lancar.... dan kepade membe2 aku yang dikasihi lagi disayangi...selamat menempuh minggu yang penuh dengan emosi ini dan diharapkan semoga anda semua mampu melakukan yang terbaik....=)

SEMOGA BERJAYA KALIAN....=)

Sunday, July 18, 2010

ThEsIs oh THeSiS..!!!





SALAM...=)

Agak lama rasenye tak menulis al-maklum la final year bz la sikit...haha.. emm seperti yang sahabat-sahabat di luar maklum mase final year ni la kita akan di pertanggungjawabkan untuk melahirkan sebuah kitab yang bergelar tesis...(tesis oh tesis) dan untuk menghasilkan sebuah tesis yang baik bukan la semudah bicara.

Hari pertama kuliah je isu2 tesis mule kedegaran di corong2 terang dan gelap dewan kuliah macam2 hal...lum dapat tajuk la...nk kene wat proposal la...nak cari jurnal la...supervisor tak kenal sape la..macam2 isu yang di ketengahkan..namun itu la asam garam kehidupan sebagai mahasiswa..cabaran senantiasa menunggu dan kt perlu bersedia walau apa cara sekalipun... hanya beberapa langkah lagi dan dengan izin ALLAH mungkin kita akan meninggalkan zaman yang penuh indah ini atau mungkin kt akan terus belajar di peringkat yang lebih tinggi namun hakikat nya....gelak tawa rakan2 sudah pasti tidak seperti sebelumnya...

Kepada rakan2 sekalian gud luck for your tesis and all the bestt...=)




p/s: pening memikirkan jurnal~~

Sunday, July 11, 2010

cAbaraAN yg MEnDataNG...=)




Salam....=)

Allhamdullilla....akhirnya sampai juga aku menjadi super senior dengan menjadi pelajar tahun akhir...namun bukannya semudah ungkapan untuk melengkapkan sisa-sisa mase belajar ku yang masih perlu ku tempuh. Sudah pastinya cabaran itu lebih hebat dari tahun2 sebelumnya...dengan adenye projek tahun akhir menambahkan lebih cabaran untuk meneruskan perjuangan bergelar mahasiswa.

Walauapapun semua itu harus ditempuh bukan aku sahaja tetapi sahabat2 ku yang lain juga... semoga aku dan rakan-rakan di permudahkan dalam melakukan segala projek yang dibuat dan dapat melakukan dengan jayanya... semoga doa para pensyarah mengiringi kt semua...amin...=)

Tidak lupa juga kepada semua junior yang baru mendaftar tahniah diucapkan kepada anda semua...semoga anda dapat mencapai kecermerlangan disini...same2 la kt mencipta dan mengukir nama di persada ilmu, usaha la sehabis mungkin untuk mencapai impian, kejayaan adalah hak milik mereka yang berusaha dan bijak mengambil peluang...=)

SEMOGA KT SEMUA BERJAYA......


p/s: mase untuk menjadi lebih rajin..huhu....=)

Saturday, July 10, 2010

ZiNa hAti...!



Salam...=)

Dan sebelum saya masuk lebih dalam berkenaan hal ini, saya hendak mengingatkan diri saya sendiri akan satu ayat ALLAH SWT.....

“ Amat besarlah kemurkaan ALLAH kepada sesiapa yang berkata, apa yang tidak dia lakukan”

Jadi kita berbicara berkenaan zina hati.

Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam khayalan kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.

Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.

Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?

ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana?

Lihat sabda Rasulullah SAW ini,

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"

Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita. Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita. Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Hatta kemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu perkara yang baik?

Sebab itulah timbul satu pandangan buruk, cinta ini menganggu studi. Sebab hal sebeginilah. Menyebabkan orang lain yang nak berkahwin awal dengan cara hubungan yang baik dan terjaga pun diragui. Saya agak marah juga dengan orang yang membawa imej buruk dalam bercinta ni. Sebab menyusahkan orang lain yang hendak bercinta dengan jalan yang betul.

Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.

Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah. Suka tidak menjadi masalah. Tetapi masalahnya, bagaimana cara kita menyukai? Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama, akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan merosakkan diri kita sendiri dari dalam. Malah kalau tidak dinyahkan dalam diri, berkemungkinan besar menarik diir kita ke lembah zina yang sebenar.

Hendak suka, hendak bercinta, bukan tidak boleh. Saya tidaklah berpendapat cinta sebelum kahwin itu salah. Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi ada caranya untuk kita bercinta. Kita sendiri perlu ada persiapannya. Bila menjurus kepada hati, maka kita sebenarnya perlu bersedia dan bertegas. Janganlah kerana cinta kepada seorang wanita, atau seorang lelaki, diri kita terjual ke lembah yang merugikan. Letakkanlah ALLAH sebagai cinta pertama kita, barulah kita akan menjadi lebih terjaga.

Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah amanah. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.

Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

Apa lagi? Mari kita sama-sama muhasabah diri.
nasihat utk dri sndri dn laen2..

Friday, July 9, 2010

SeLaMaT sAmpAi...=)





Allhamdulilla...akhirnya sampai jgk di kampus.... setelah melalui lebuhraya utara selatan dengn menaiki motosikal dan membawa di bawah kelajuan 90- 100 km/j selama 2jam 30 min muncul la kolej kesayangan sangt di depan mate...huhu.. ermm selama 2 bulan meninggalkan kolej seperti biase tidak byk perubahan yg berlaku cume cafe makin byk pilihan makanan haha.... papepun sem baru dah nak start semoga segalanya berjalan dengan baik....amin...=)



p/s: adoii...repot x siap g....~

Wednesday, July 7, 2010

wOrLd cUp pOsTer...!!


Salam....=)


hye...di ptg yg mendung ini di tambah pule dengan keboringan yang melanda sy telah mengambil keputusan untuk menulis dan berkongsi sedikit tentang poster world cup sejak dari pertama pengajuran nye...berikut ialah poster2 yang telah dihasil kan..=)























Tuesday, July 6, 2010

PaCkiNG My sTuff..!

Salam....=)


Hye...tak lame sem baru akan bermula rase macam malas pun ade gak nak balik kolej huhu....walaubagaimanapun perjuangan perlu diteruskan apatah lagi sedikit saje lagi untuk menghabiskannya. Pape pun sebelum naik sem ni macam2 barang nak kene bawak balik dah la balik naik motor tah muat ke tidak motor aku ni.

Kepade mereka yang pun sedang memacking barang tok pulang ke kampus gud luck di ucapkkan kepade anda semua, jgn ade yang tertinggal ye...salam...=)




p/s: hope x lupe berus gg...=p